"Sesungguhnya perancangan Allah itu indah..
Ketika kita bersedih.. Dia datangkan bahagia..
Ketika kita menangis..Dia datangkan senyuman..
Ketika kita diuji..Dia datangkan hikmah".
Sesungguhnya Allah jua tempat kita mengadu. Siapa kita untuk menidakkan ketentuan-Nya. Kita boleh design hidup kita tetapi perlu dengan izin-Nya. Selagi kita tunduk dan sujud kepada-Nya insyaallah kita akan bahagia. Dikala kita ditimpa musibah, Allah rindu akan Doa kita, Allah rindu akan rayuan kita. Maka, BERDOALAH. Sesungguhnya Allah tak pernah jemu nak dengar Doa hamba-Nya.
"Tiada Kemanisan dalam Kejayaan.
Tanpa Pengorbanan dan Air Mata".
Ketundukan hati lebih utama dari ketinggian ilmu. Bila hati tunduk, ilmu yang hadir akan menundukkannya lagi. Tapi jika ilmu meresapi akal dan bukan hati, akal akan merasai diri hebat dan
berkudrat sedangkan semua nikmat dan hikmat adalah milikNya jua. Akal
hanya hamba atau jentera sebagai pelaksana arahan hati yang hakiki.
Di dalam diri manusia ada seketul daging, baik daging itu maka baiklah
segalanya, jika rosak daging itu, maka rosaklah segalanya. Ketahuilah
bahawa daging itu adalah HATI. - Petikan Maksud Hadis
(Rujuk kitab hadis sendiri atau pakar hadis kerana hadis ini terkenal)